• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Botol, Beg Plastik Ditemui Dalam Perut Bangkai Paus

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Seekor paus sperma yang ditemui mati di sebuah taman negara Indonesia didapati makan hampir enam kilogram sisa plastik termasuk 115 cawan dalam perutnya, kata pegawai taman negara semalam.

Paus sepanjang 9.5 meter itu ditemui di perairan berhampiran Pulau Kapota, sebahagian Taman Negara Wakatobi, di tenggara Sulawesi, kata taman itu dalam satu kenyataan.

Taman berkenaan terkenal di kalangan penyelam kerana kawasan luas batu karang dan pelbagai hidupan laut termasuk ikan pari dan paus.

Punca kematian haiwan terbabit tidak diketahui namun pihak berkuasa taman menemui botol plastik, beg, sandal dan sebuah guni dipenuhi lebih 1,000 potongan tali dalam perut paus malang itu.

Jun lalu, kematian seekor paus pandu di Thailand bersama 80 sisa sampah plastik dalam perutnya bukan sahaja mendapat tajuk muka depan akhbar tempatan, namun menarik lebih banyak perhatian dari luar negara.

Lima negara Asia, China, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand adalah penyumbang sehingga 60 peratus sisa plastik yang bocor ke dalam laut, kata satu laporan jurukempen alam sekitar, Ocean Conservancy dan Pusat Perniagaan dan Alam Sekitar McKinsey pada 2015.

Indonesia, berada di tempat kedua di belakang China dalam kajian salah urus sisa plastik 2015 bagi penduduk tinggal berhampiran kawasan pantai di kalangan 192 negara, menjanjikan AS$1 bilion (RM4.19 bilion setahun) untuk mengurangkan sisa plastik marin sehingga 70 peratus menjelang 2025.

Taman Wakatobi bercadang menanam bangkai paus itu ketika air pasang semalam dan sisa itu akan digunakan untuk tujuan penyelidikan oleh akademi marin tempatan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Indonesiapaus
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd