• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Berkas Rakyat Malaysia Disyaki Tipu

oleh
21/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Sangkaan seorang lelaki berusia 60 tahun yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kes penipuan urus niaga hartanah bahawa dia dapat meloloskan diri sekiranya melarikan diri ke Thailand, ternyata meleset.

Setelah lebih setahun menjadi buruan, lelaki itu akhirnya diberkas polis Thailand di Phuket pada 25 Okt lepas, atas permintaan polis Malaysia.

“Suspek akan dihantar balik ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Ketua Polis Imigresen Thailand Mej Jen Surachet Hakpal kepada media di sini hari ini, sambil menjelaskan bahawa tangkapan itu membuktikan wujudnya kerjasama rapat antara pihak berkuasa kedua-dua negara.

Menurut beliau, rakyat Malaysia itu disyaki menipu rakan niaganya berjumlah kira-kira 17 juta Baht (RM2.3 juta).

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Polis Diraja Malaysia di Thailand ACP Mohd Yusni Jamil memberitahu Bernama, suspek akan diterbangkan ke Kuala Lumpur esok pagi untuk menghadapi siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berhubung jenayah yang didakwa dilakukannya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Thailand atas tindakan pantas mereka memberkas lelaki berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kes Penipuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

Nga Elak Soalan Letak Jawatan, Mahu Fokus Kepada Rakyat Katanya

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  IPOH: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung ketika ditanya mengenai...

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

8,921 Kes Penipuan Libatkan Kerugian RM220j Dicatat Di NS

09/08/2022
0

SEREMBAN: Sebanyak 8,921 kes jenayah penipuan dengan pelbagai modus operandi melibatkan jumlah kerugian melebihi RM220 juta dicatatkan di Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd