• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Orang Dicekup Bersama Kekasih

oleh
20/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang berstatus isteri nombor dua dicekup dalam keadaan mengaibkan bersama kekasih selepas bilik di sebuah hotel tiga bintang di bandaraya di sini, di sewa mereka di serbu Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kuala Terengganu, pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 7.40 pagi itu, wanita berusia 22 tahun dari Kemaman dikatakan sanggup memandu sejauh lebih kurang 160km semata-mata hendak melepaskan rindu kepada buah hatinya, 24, yang bujang.

Menurut sumber, pasangan yang mengaku sudah menjalin cinta ketika belajar sama-sama di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Kemaman menyewa bilik hotel berkenaan sejak petang semalam dan berhasrat kononnya untuk keluar hari ini.

Jelas sumber, mereka mengaku mengambil kesempatan cuti umum sempena Maulidur Rasul hari ini untuk berjumpa kerana sebelum ini masing-masing sibuk dengan urusan.

Kata sumber lagi, penguat kuasa terpaksa mengambil masa lebih kurang enam minit menunggu pintu utama dibuka setelah beberapa kali mengetuknya dan memberi salam.

“Sejurus pintu dibuka, pemeriksaan lanjut dijalankan sebelum mendapati pasangan itu berada dalam keadaan mengaibkan tanpa seurat benang di atas katil.

“Setelah disoal siasat, mereka juga mengaku sebelum ini pernah beberapa kali terlanjur dan kononnya sedang merancang untuk berkahwin sementara menunggu wanita itu bercerai dengan suaminya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, Pemangku Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan itu.

“Pasangan itu akan didakwa di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kes khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

Penuntut IPTA Didenda Khalwat Dengan 2 Wanita

16/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, seorang penuntut di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA), di sini, didenda maksimum RM3,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd