• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MISC Catat Untung Bersih Lebih Rendah Pada Suku Ketiga

oleh Cj Mnh
20/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MISC Bhd mencatatkan untung bersih lebih rendah iaitu sebanyak RM341.0 juta pada suku ketiga (3Q) berakhir 30 Sept, 2018 berbanding RM680.5 juta bagi suku yang sama tahun lepas.

Perolehan merosot kepada RM2.23 bilion daripada RM2.32 bilion sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MISC berkata untung daripada operasi berkurangan sebanyak 47.7 peratus kepada RM354.5 juta berbanding pada suku yang sama sebelumnya sebanyak RM678.1 juta.

“Pengurangan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh segmen kejuruteraan berat berikutan adanya kos tambahan bagi projek yang sedang dilaksanakan dan juga kos tambahan bagi kerja baik pulih, serta margin terhad bagi aktiviti penyelenggaraan kapal telah menyebabkan kerugian dalam operasi bagi suku semasa,” katanya.

Untung operasi bagi segmen luar pesisir juga lebih rendah kerana suku yang sama termasuk keuntungan sekali daripada pelbagai kerja diberikan kepada Gumusut-Kakap Semi-Floating Production System (L) Ltd (GKL) dan untung pembinaan daripada kapal penyimpanan dan pemunggahan terapung (FSO) Benchamas 2.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2018, untung bersih merosot kepada RM972.8 juta daripada RM1.91 bilion bagi tempoh sama pada 2017, manakala perolehan merosot 15.9 peratus kepada RM6.39 bilion daripada RM7.60 bilion sebelumnya.

“Penurunan dalam perolehan sebahagian besarnya adalah daripada segmen luar pesisir bagi tempoh sama termasuk perakuan keuntungan sekali bagi pelbagai kerja GKL hasil daripada keputusan menggalakkan dibuat pada 2017 dan perolehan pembinaan lebih rendah bagi FSO Benchamas 2 bagi tempoh semasa.

“Perolehan kumpulan kian terjejas oleh segmen gas asli cecair disebabkan kapal dijadual bagi penyelenggaraan dan kadar sewa lebih rendah bagi satu daripada kapalnya berikutan kontrak diperbaharui,” kata MISC.

Segmen petroleum turut mencatatkan perolehan lebih rendah disebabkan kadar pengangkutan udara lebih rendah bagi Aframax dan kapal pengangkut bahan mentah yang amat besar, manakala perolehan segmen kejuruteraan berat juga lebih rendah disebabkan jumlah projek yang ada dan sedang dilakanakan adalah sedikit, kurang kerja baik pulih di limbungan kering dan kurangnya kerja baik pulih bagi tempoh semasa.

Dalam kenyataan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yee Yang Chien berkata disebalik pelbagai cabaran dihadapi dalam pasaran, MISC akan terus memanfaatkan kekukuhan kewangannya yang membolehkan ia memperuntukkan modal dan sumber manusia ke arah pembinaan nilai dalam perniagaan sedia ada.

Beliau berkata MISC akan mengukuhkan pendapatannya dengan peluasan ke dalam bidang pertumbuhan yang akan menyediakan aliran kepada syarikat untuk meraih keuntungan jangka panjang.

“Tatkala kami berusaha untuk memenuhi aspirasi untuk menyediakan tenaga lebih baik berkaitan penyelesaian dan perkhidmatan maritim secara konsisten, MISC akan memanfaatkan peluang pelaburan masa sebenar untuk memastikan kami berupaya berkembang dalam lebih bertenaga dan mampan,” kata Yee. – BERNAMA

Tags: MISCUntung Bersih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Untung Bersih Top Glove Meningkat Kepada RM110.1 Juta

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove Corporation Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak 4.4...

MISC Akan Kerjasama Penuh Bantu Siasatan SPRM

07/03/2018
0

KUALA LUMPUR — Syarikat maritim berkaitan kerajaan, Malaysia International Shipping Corp. Bhd. (MISC), akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd