• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HPPC Bantu Atasi Masalah Lambakan Cendawan Di Terengganu

oleh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Penubuhan Hab Pemprosesan dan Pengembangan Cendawan (HPPC) di Balai Informasi Pertanian (BIP), Tempinis, dekat sini, yang merupakan hab pertama seumpamanya dalam negara mampu membantu mengatasi masalah lambakan cendawan di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Dr Azman Ibrahim berkata hab itu akan mengusahakan Projek Teknologi Pengeringan Cendawan, yang turut membuka peluang kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menambah pendapatan.

“Lambakan cendawan sedang berlaku sekarang dan disebabkan itu, kita cuba memanfaatkannya dengan menggunakan teknologi, inovasi, supaya kita dapat memanjangkan jangka hayat cendawan yang sebelum ini hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga empat hari sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyerahan HPPC di sini hari ini.

Katanya menerusi projek itu juga, pelbagai produk berasaskan cendawan berjaya dihasilkan termasuk serunding, karipap, sos dan serbuk perasa.

“Memang bidang ini (pengeringan cendawan) agak baru bagi Terengganu tetapi kita lihat ia berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi dengan adanya HPPC ini,” katanya.– LAGI

Sementara itu, Pengarah Pertanian Negeri, Zulkefly Harun berkata sejak Januari hingga Oktober tahun ini, lebih 200,000 kilogram cendawan segar dikeluarkan, dengan nilai RM1,304,934 direkodkan di seluruh Terengganu.

Katanya kemajuan dan kecanggihan teknologi memberi impak positif kepada industri cendawan dan berharap penubuhan HPPC mampu menghakis faktor yang menggugat kestabilan pengeluaran dan kemajuan industri cendawan negeri. – BERNAMA

Tags: cendawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga!

06/11/2025
0

️ ‘Ichikolowa’ – Cendawan Gergasi Dari Zambia Yang Boleh Memberi Makan Satu Keluarga! Oleh Mynewshub LUSAKA, 5 November – Di...

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

Penduduk Nampak Letusan Bentuk Cendawan Sebelum Api Marak

01/04/2025
1

SUBANG JAYA: Ada penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini, mendakwa melihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd