• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Langgar Lari Pelanggan Restoran Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes langgar lari seorang pelanggan restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi direman empat hari bermula hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairol Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Siasatan terhadap pekerja am itu dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, lelaki itu yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada kira-kira 11.25 pagi dan diiringi anggota polis keluar dari bilik reman kira-kira 30 minit kemudian.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata suspek ditahan kira-kira 1.43 pagi ini selepas majikan kepada suspek menyerahkan lelaki berkenaan kepada polis.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang berasal dari Sarawak itu negatif dadah namun darah suspek akan diambil untuk ujian alkohol,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi, seorang wanita dilaporkan maut dan empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis tersebut. – BERNAMA

Tags: langgar larireman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd