• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rancangan Lesen Kasino Di Pulau Tioman

oleh Cj Mnh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang hari ini menegaskan ia tidak merancang untuk mengeluarkan lesen kasino di Pulau Tioman.

Malah kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, perkara itu tidak pernah berbangkit untuk dipertimbangkan dalam usaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri.

“Kita memang tidak bercadang nak beri lesen kasino di Pulau Tioman… malah tak pernah terlintas pun,” katanya menjawab soalan Sim Chon Siang (PH-Teruntum) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini.

Sim ingin tahu jika kerajaan negeri berhasrat berbuat demikian kerana ada ura-ura pembinaan lapangan terbang di Mersing, Johor.

Mersing merupakan antara lokasi jeti feri ke ke Pulau Tioman selain Tanjung Gemok di Rompin.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata keputusan mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur di antara kerajaan Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor yang diadakan sebelum ini memutuskan pembinaan lapangan terbang itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Semambu), Wan Rosdy memaklumkan jumlah sumbangan cukai Genting Highlands dan Bukit Tinggi kepada kerajaan negeri adalah sebanyak RM49 juta bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

“Jumlah sumbangan cukai yang diperoleh ini termasuklah cukai taksiran yang dikutip Majlis Perbandaran Bentong iaitu sebanyak RM35 juta daripada Genting Malaysia Berhad dan RM700,000 daripada Bukit Tinggi Resort.

“Selebihnya kira-kira 2.18 juta diperoleh daripada cukai hiburan. Hasil kutipan cukai hiburan ini disalurkan ke dalam akaun Hasil Disatukan,” katanya.

Wan Rosdy menjelaskan cukai hiburan itu dikutip mengikut Akta Duti Hiburan 1953 yang terletak bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. – BERNAMA

Tags: KasinoPULAU TIOMAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

29/06/2025
0

KUANTAN: Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh,...

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd