• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 90,000 Gesa Waytha Moorthy Letak Jawatan

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas kira-kira 12 jam dilancarkan, gesaan perletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana, P. Waytha Moorthy kini telah ditandatangani hampir 90,000 orang.

Petisyen tersebut digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org itu turut memberitahu tujuan petisyen berkenaan dilancarkan.

GPS berkata, antara sebabnya ialah tindakan Waytha Moorthy yang telah memburukkan imej negara Malaysia di peringkat antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu didiskriminasikan dan perlu memeluk Islam jika mahu mendapatkan pekerjaan dalam sektor-sektor awam.

Tambahnya, Waytha Moorthy turut mendakwa rumah-rumah ibadat masyarakat beragama Hindu turut dirobohkan sesuka hati oleh pihak-pihak berkuasa di Malaysia.

“Selain itu, beliau berkeras mahu meratifikasikan ICERD, gagal untuk mengawal ketegangan kaum yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri dan mempunyai latar belakang yang agak kontroversial,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi portal Change.Org di sini hari ini.

Sebelum ini, video lama Moorthy tular di media sosial dengan kandungan memburukkan negara termasuk kononnya Malaysia menghadapi masalah pencabulan hak asasi yang kronik.

Dalam kenyataan itu juga, GPS turut menuntut perlucutan jawatan Waytha Moorty sebagai menteri demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta latar belakang. – UTUSAN ONLINE

Tags: letak jawatanwaytha moorthy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Kongsi Berita Lama Anwar: Letak Jawatan Jika Enggan Dengar Titah Agong

Fadhli Shaari Kongsi Berita Lama Anwar: Letak Jawatan Jika Enggan Dengar Titah Agong

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkongsi tangkap layar laporan berita lima tahun lalu mengenai kenyataan...

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mempunyai pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd