RAMAI pihak mula membuat andaian liar mengatakan salah seorang ahli kumpulan Zero, Shaiful sudah lupa diri semenjak menjuarai tahkta Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), dua minggu lalu gara-gara pendedahannya mahu menangguhkan perkahwinan terlebih dahulu.
Sebelum ini, Shaiful mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga pada pertengahan bulan ini sebaik sahaja MLM berakhir.

Namun, tup-tup keluar cerita pemuda berusia 27 tahun ini mahu menangguhkannya pula.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shaiful berkata, “Saya tangguh kerana menunggu duit kemenangan berjumlah RM500,000 tempoh hari benar-benar sudah berada di dalam tangan kami. InsyaAllah selepas dapat duit saya dan tunang akan berkahwin. Kami tidak ada sebarang masalah dan pihak keluarga juga memahami situasi saya.
“Saya tidak pernah lupa diri. Sebenarnya saya tangguhkan perkahwinan sebab menunggu duit dan masa yang sesuai kerana saya ingin berehat selepas memberi komitmen besar dalam program tersebut. Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan tunang.
“Kami telah berkawan selama lima tahun dan bertunang pada tahun lepas. Tidak mungkin saya akan meninggalkan tunang yang sentiasa ada bersama di waktu saya susah. Dalam hati saya hanya dia sahaja dan kami akan berkahwin dalam tahun ini juga,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Ha, dengar tu, tak baik tuduh Shaiful bukan-bukan tau.
Mari kita doakan yang baik-baik sahaja agar hubungan Shaiful dan tunangnya bahagia sampai bila-bila dan semoga perancangan perkahwinan mereka berjalan lancar kelak.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=UWbNrWYqskg
https://www.youtube.com/watch?v=RnmdXQLMTYM

