• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut, 4 Pelanggan Cedera Dilanggar Ketika Makan

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Seorang wanita maut dan sekurang-kurangnya empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Taman Equine di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis berkenaan sebelum dilanggar pada kira-kira 8.15 malam.

“Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan itu enggan berhenti malah melanggar beberapa pelanggan lain yang sedang menjamu selera selain melanggar tiga kereta.

“Pemandu kenderaan itu kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek dan kenderaan yang dipandunya, selain sedang menentukan jumlah sebenar mangsa yang cedera.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Zolkipli Sailan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.32 malam dan lapan anggota termasuk dirinya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Seorang wanita meninggal dunia manakala dua wanita dan dua lelaki berusia antara 33 dan 71 tahun mengalami kecederaan dalam insiden itu,” katanya sambil menambah mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki warga Myanmar.

Beliau berkata mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Serdang.

Tinjauan Bernama mendapati kejadian berlaku di kawasan parkir di hadapan restoran itu yang diletakkan kerusi dan meja makan untuk pelanggan.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mendiang yang hanya dikenali sebagai Wong, berusia 50-an, berkata mangsa tiba di restoran itu pada kira-kira pukul 7.00 malam untuk menjamu selera sebelum musibah itu berlaku. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd