• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fazley Kotakan Janji Bersanding Semula, Hanya Rakan Media Tetamu VIP

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob akhirnya mengotakan janjinya sebelum ini untuk bersanding semula dengan isterinya Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.

Fazley berkata persandingan itu akan diadakan pada 27 November ini sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 13.

“Sebenarnya saya dan isteri berasa segan nak buat majlis ini dan bersanding semula memandangkan kami berdua sudah berusia.

“Tapi selepas berbincang dengan ibu dan dia menyakinkan saya untuk teruskan juga hasrat ini demi arwah bapa saya,” katanya kepada mStar Online.

Majlis persanding akan dihadiri rakan-rakan media dan sahabat terdekat sahaja.


Majlis persandingan semula Fazley dan isteri akan diadakan pada 27 November ini.

Majlis persandingan mereka pada 13 tahun lalu yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung dalam suasana hiba apabila perkahwinan Fazley dengan Azrene tidak mendapat restu Datin Seri Rosmah Mansor.

Azrene adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Dalam pada itu tambah Fazley, dia tidak berhasrat menjemput ibu mertuanya mememandangkan majlis itu bertujuan untuk meraikan rakan media yang tidak dapat membuat liputan majlis persandingan pertamanya.

“Saya tidak menjemput beliau sebab majlis ini hanya diadakan untuk meraikan tetamu VIP iaitu rakan media.

“Majlis itu juga untuk memberi kenangan baru kepada mereka dan keluarga saya,” ujarnya.

Anak-anak Fazley teruja dan bakal buat kejutan persembahan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Asmara Ini memberitahu dia memilih konsep tradisional untuk majlis persandingannya.

Kata Fazley, anak-anaknya turut berasa teruja dan ingin memberi kejutan dengan membuat persembahan istimewa untuk dia dan isteri.

“Untuk majlis persandingan ini, saya pilih konsep tradisional. Memang ada pelamin tapi tidaklah bersanding lama.

“Hanya majlis santai-santai sahaja. Tapi anak-anak teruja dan mereka mahu melakukan persembahan tapi katanya kejutan untuk kami,” ujarnya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan. – mStar Online

Tags: bersandingfazley yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazley, Isteri Macam Pengantin Baharu Naik Pelamin Lagi

29/11/2018
0

PETALING JAYA -Tiga belas tahun selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob bersanding semula dengan isteri...

Fazley Tetap Simpati Rosmah Ditahan

03/10/2018
0

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendoakan agar urusan ibu mertuanya iaitu Datin Seri Rosmah Mansor dipermudahkan dan berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd