• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Perlu Bijak Guna Media Baharu

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Graduan diingatkan supaya memanfaatkan penggunaan media baharu demi kebaikan ummah dan bukannya memecah belah serta memudaratkan masyarakat titah Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Baginda turut menasihatkan golongan itu agar berfikiran lebih kritis dan bijak menilai setiap perkara baharu yang dibawa oleh media berkenaan.

“Penggunaan media baharu pada masa kini berkembang dengan begitu pesat. Oleh itu, beta mahu para graduan menggunakan platform ini sebagai ruang menyatukan ummah. Setiap isu dan perkara yang timbul juga perlu dinilai secara objektif.

“Hal ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan jati diri para graduan yang menjadi contoh kepada masyarakat. Selain itu, beta juga menasihatkan para graduan supaya mengelak daripada terjebak dengan masalah moral dan gejala sosial yang semakin merebak termasuk di kalangan golongan berpendidikan tinggi,” titah Sultanah Nur Zahirah.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Majlis Idul Ilmi (Konvokesyen) UniSZA Kali Ke-10 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Pada majlis itu juga, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Al- Quran kepada Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad atas jasa baktinya dalam bidang musabaqah tilawah, hafazan dan pentadbiran pusat Maahad Tahfiz Al-Quran.

Majlis Idul Ilmi (Konvokesyen) UniSZA yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini melibatkan seramai 2,836 graduan termasuk penerima Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam pelbagai bidang. – BERNAMA

Tags: Sultanah Nur Zahirah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

Keputusan Rayuan Kes Saman Fitnah Sultanah Nur Zahirah 12 Disember Ini

22/09/2023
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Disember ini untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berhubung saman fitnah...

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Editor Sarawak Report

23/09/2021
0

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd