• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berjalan Tiga Hari Untuk Buang Tumor Seberat Lebih 7kg

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADAGASCAR – Selama empat dekad, Sambany hidup dengan tumor seberat 7.46 kilogram di lehernya. Namun selepas dia berjalan selama tiga hari, akhirnya tumor berkenaan berjaya dibuang dalam satu pembedahan yang memakan masa selama 12jam.

Pembedahan berkenaan yang disifatkan sebagai paling mencabar, telah dijalankan oleh pasukan perubatan sukarelawan di Mercy Ship.

“Saya amat gembira. Saya tahu pembedahan ini amat berisiko tinggi dan saya mungkin mati namun jika saya biarkan sahaja tumor ini, saya sememangnya sudah mati akibat layanan orang ramai,’’ kata Sambany.

Ketika berusia 20-an, Sambany, yang berasal dari kawasan pedalaman di Madagascar, telah mengalami bengkak di pipi kirinya. Ketumbuhan itu kemudian merebak ke bahagian kepala dan leher.

Ketika tiba di pelabuhan Toamasina, dia meminta bantuan daripada Mercy Ship namun pada mulanya mereka berdepan kesukaran untuk membantu kerana tidak pernah berdepan dengan tumor yang begitu besar.

Mujurlah terdapat beberapa pakar dalam pasukan tersebut termasuk Dr Michael McBrien, yang kemudiannya terlibat dalam pembedahan berkenaan.

Sambany kini terpaksa menjalani rawatan pemulihan yang panjang dan terpaksa berada di dalam kapal berkenaan untuk beberapa bulan lagi.

Mercy Ship merupakan satu bentuk perubatan yang disediakan di atas kapal dan menjalankan pembedahan sukar di beberapa negara miskin di dunia ini.

Ketika ini kapal berkenaan berlabuh di Madagascar. Ia menyediakan rawatan pembedahan dan perubatan percuma dengan matlamat meningkatkan sistem kesihatan di negara miskin.

Tags: tumor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ainul Mardhiah Tak Sihat, Keluarga Tangguh Kepulangan

09/07/2019
0

MELAKA - Keluarga Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, terpaksa membatalkan rancangan pulang ke tanah air hari ini berikutan bayi perempuan mereka...

Seronok Lihat Ainul Mardhiah Hisap Jari, Luah Ibu

15/06/2019
0

SELEPAS selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, sembilan bulan memberikan perkembangan positif....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd