• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cetus Persoalan Identiti Tok Janggut

oleh Cj Mnh
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPAKAH sebenarnya Tok Janggut, figura yang terbabit dengan pemberontakan menentang penjajahan British di Kelantan pada 1915? Apakah beliau penentang, pemberontak atau pejuang nasionalisme?

Kekurangan fakta yang jelas menimbulkan banyak versi penceritaan mengenai Tok Janggut atau nama sebenarnya Mohd Hassan Munas. Apatah lagi sebagai tokoh Kelantan yang hebat, banyak juga versi mitos dan legenda bertebaran menguatkan kedudukan Tok Janggut.

Naskhah To’ Janggut (Old Long Beard) tulisan Cheah Boon Kheng bagaimanapun memberi satu lagi alternatif kepada pelbagai kisah mengenai tokoh ini. Kajian awal mengenai Tok Janggut dibuat oleh pegawai British, J de V Allen yang seterusnya dilakukan lebih ramai sarjana tempatan. Sebelum itu, kisah Tok Janggut disebarkan menerusi sastera lisan, selain dalam laporan pentadbiran kolonial.

Berdasarkan kronologi sejarah, selepas Perjanjian Anglo-Siam 1909, Britain mengambil alih pentadbiran Kelantan daripada Siam dan segera membuat perubahan besar dalam sistem pentadbirannya yang menyebabkan tercetusnya pemberontakan rakyat Kelantan.

Antara perubahan yang dibuat adalah menghapuskan sistem percukaian pajakan tanah yang selama ini dilakukan golongan bangsawan. Terkesan dengan perubahan sistem itu, Tok Janggut bersama 1,000 pengikutnya menyerang British di Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.

Rentetan daripada serangan itu, akhirnya sejarah menyaksikan Tok Janggut sendiri terkorban.

Jenazahnya dipamerkan kepada orang awam sebagai usaha British menakut-nakutkan rakyat tempatan dan memadamkan api pemberontakan.

Meskipun begitu, ada juga versi yang menyebut Tok Janggut masih hidup selepas pemberontakan itu, manakala jenazah yang dipamerkan sebenarnya ialah askar British dari India.

Justeru adakah benar beliau pejuang nasionalisme atau pejuang yang mempertahankan haknya yang dicerobohi kolonial? Sisi ini sangat menarik untuk diketahui justeru naskhah ini sangat menarik untuk dibaca.

Tulisan Boon Kheng yang setebal 164 halaman terbitan National University of Singapore ini pasti akan mengujakan pembaca kerana akhirnya kita akan tertanya sendiri, adakah pemberontakan yang menyaksikan Tok Janggut terkorban itu sebenarnya satu pemberontakan?

Buku ini turut menimbulkan pertanyaan, mungkinkah sebenarnya ia reaksi terhadap rutin beliau memungut cukai menerusi sistem pajakan tanah ditolak oleh British?

INFO

To’ Janggut (Old Long Beard)

Penulis: Cheah Boon Kheng

Penerbit: National University of Singapore

Halaman: 164

Penilaian: 5

– BH Online

Tags: identitiTok Janggut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

26/04/2024
0

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Selangor menahan dua ekor anjing baka "Poodle" dari China kerana mempunyai identiti nombor...

Identiti Mayat Dikerat Enam Masih Teka Teki

Identiti Mayat Dikerat Enam Masih Teka Teki

19/01/2023
0

SUNGAI BULOH : Identiti mayat yang ditemui dalam keadaan dipotong enam di tepi jalan Kilometer (KM) 447, Lebuhraya Utara Selatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd