• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Cadang Bina ‘Airport’ Koridor Utara

oleh Cj Mnh
16/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini diberitahu kerajaan negeri bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baharu bagi menampung keperluan lapangan terbang di negeri ini selepas 2050.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara itu akan dibina di atas tanah tebus guna di Batu Maung berdekatan Pulau Rimau, dalam lokaliti yang sama dengan lapangan terbang sedia ada.

“Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hanya mampu menanggung kapasiti penumpang dan kargo untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang sahaja.

“Keperluan untuk mewujudkan lapangan terbang baharu ini begitu kritikal dan bertujuan menjaga kepentingan Pulau Pinang sebagai pintu masuk utama pengangkutan udara bagi wilayah utara Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini.

Beliau berkata walaupun semua infrastruktur dan jaringan jalan raya untuk pembinaan lapangan terbang baharu itu telah tersedia, cadangan itu masih dalam peringkat perancangan dan perlu melalui pelbagai proses seperti kajian kebolehlaksanaan, kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk tebus guna laut, kelulusan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan sumber pembiayaan projek.

Sebelum ini dilaporkan LTAPP yang direka untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun merekodkan pengendalian 7.2 juta penumpang tahun lepas.

Kerajaan negeri menjangkakan jumlah pengguna LTAPP akan meningkat ke 7.8 juta tahun ini dengan keperluan menaik taraf lapangan terbang itu amat kritikal.

Sementara itu, mengenai pengumuman cadangan pembinaan dua hotel di puncak Bukit Bendera, Chow berkata cadangan itu masih di peringkat perancangan awal.

Beliau berkata cadangan pembinaan hotel dengan 200 bilik berhampiran Banglo Convalescent telah dibuat pada 2016 susulan permintaan daripada pelawat tempatan dan luar negara yang berhasrat untuk tinggal dan bermalam di situ.

“Konsep dan reka bentuk ini akan dikaji semula dengan teliti untuk proses seterusnya. Saya juga mengarahkan Perbadanan Bukit Bendera untuk mengkaji dan membaik pulih beberapa aset kerajaan negeri termasuk membaik pulih Banglo Convalescent dan membangunkan semula bangunan usang di Coolie Line untuk memberi lebih banyak pilihan penginapan kepada pelawat,” katanya.

Chow berkata kerajaan negeri dan Perbadanan Bukit Bendera komited untuk memelihara Bukit Bendera dan segala pembangunan di puncak bukit itu mengikut Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2016 dan Rancangan Tempatan Bukit Bendera 1998. – BERNAMA 

 

Untuk pengiklanan bersama MYNEWSHUB sila hubungi ; 

Fatin di nombor 0146372578

Tags: koridor utaralapangan terbang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd