• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Suspek Kumpulan Pengganas Ditahan – KPN

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang warga Filipina yang terlibat memenggal kepala tebusan Kumpulan Abu Sayyaf merupakan antara seorang warga tempatan dan tujuh warga Filipina yang ditahan polis di Sabah dan Putrajaya dalam beberapa serbuan antara 30 Okt dan 12 Nov lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata operasi menahan kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata tangkapan pertama melibatkan lelaki tempatan yang bekerja sebagai ejen menjual jongkong emas berusia 38 tahun di Putrajaya pada 30 Okt.

“Suspek terlibat dalam menyalurkan dana kepada Akel Zainal (rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Syria) pada 2017 bagi tujuan membiayai aktiviti keganasan,” katanya.

Tangkapan kedua pada 1 Nov di Tenom, Sabah melibatkan tiga suspek warga Filipina berusia 27, 34 dan 51 tahun yang bekerja sebagai buruh.

“Mereka menganggotai Kumpulan Abu Sayyaf yang terlibat dalam kegiatan kidnapping for ransom (KFR) (penculikan untuk wang tebusan) di selatan Filipina dan Sabah,” kata Mohamad Fuzi sambil menambah suspek yang berusia 34 tahun itu mempunyai kemahiran menghasilkan senjata api bagi kegunaan kumpulan berkenaan.

Tangkapan seterusnya dilakukan di Ranau, Sabah pada 8 Nov melibatkan dua lagi warga Filipina berusia 35 dan 46 tahun yang masing-masing bekerja sebagai buruh dan juruteknik.

“Suspek berusia 35 tahun berperanan merekrut kanak-kanak untuk menyertai Kumpulan Abu Sayyaf dan dijadikan perisai manusia semasa bertempur dengan tentera Filipina di Basilan, selatan Filipina.

“Beliau juga terlibat dalam memenggal kepala tebusan kumpulan itu. Semasa ditangkap, kedua–dua suspek sedang merancang untuk melarikan diri ke selatan Filipina bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Malaysia,” kata Mohamad Fuzi.

Ketua Polis Negara berkata serbuan keempat pada 10 Nov lepas di Kinarut, Sabah menyaksikan penahanan seorang tukang besi warga Filipina berusia 30 tahun, yang merupakan komander Kumpulan Abu Sayyaf yang juga orang kanan kepada Furuji Indama, pemimpin kanan kumpulan berkenaan.

Operasi kelima dan terakhir menghasilkan penangkapan seorang peniaga pasar malam warga Filipina berusia 60 tahun di Tenom, Sabah pada 12 Nov.

Suspek terlibat melindungi seorang suspek yang ditangkap pada 8 Nov semasa cuba melarikan diri daripada buruan polis.

Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). – BERNAMA

Tags: KPNKumpulan Pengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd