• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alumni UiTM Diingatkan Hargai Jasa Universiti

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan supaya terus menghargai jasa universiti itu yang menjadi antara tempat mereka menuntut ilmu.

Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub berkata ia berikutan universiti melahirkan ramai anak bangsa yang kini mencipta nama dalam bidang kerjaya mereka masing-masing.

“Seperti pantun yang berbunyi ‘pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati’.

“Dalam konteks UiTM, hutang pada universiti itu dibalas sehingga mati…bukan saya sahaja, tetapi ramai lagi individu yang mendapat jasa dari UiTM sehingga mampu berada pada tahap tertinggi,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam bersempena ulang tahun ke-90 kelahiran beliau di Dewan Agung Tunku Canselor di sini, malam ini.

Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said dan bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Sementara itu, Hassan turut menyeru alumni universiti terbabit mengenang jasa Arshad yang membawa banyak membawa perubahan positif kepada UiTM.

“Beliau banyak memberi inspirasi dan kekuatan kepada ramai warga kerja UiTM, baik yang bersara mahupun yang masih berada di universiti ini.

“Tan Sri juga individu yang berjaya mengangkat UiTM sebagai sebuah universiti terawal yang mengasaskan pelbagai kursus berkaitan perniagaan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Arshad Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Salahkan Orang Lain Dan Jangan Ada Hasad Dengki

18/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Jangan salahkan orang lain bila berlaku sesuatu masalah dan jangan ada hasad dengki, itu antara prinsip hidup...

Siswazah Usah Takut Tentang Arus – Pro-Canselor UiTM

24/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Siswazah bumiputera perlu berani menentang arus dengan melakukan pekerjaan di luar bidang dipelajari demi mengumpul pengalaman kerja....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd