• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Premis Makanan Di Seremban Diarah Tutup

oleh
15/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebanyak 16 premis menjual makanan di sekitar daerah Seremban diarah tutup serta-merta kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam operasi Jabatan Kesihatan negeri, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata arahan ditutup selama 14 hari itu adalah mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Katanya, sebanyak 50 premis makanan telah diperiksa dalam operasi selama lima jam bermula jam 10 pagi itu dengan melibatkan 78 pegawai penguat kuasa jabatan diketuai Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd Ali.

Beliau berkata sebanyak 103 notis yang boleh dikompaun di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan bernilai RM25,350.

Antara kesalahan dilakukan adalah tiada sijil latihan pengendali makanan, tidak mengambil suntikan antitifoid, gagal mengekalkan premis makanan bersih dan tidak memakai apron dan penutup kepala, katanya.

Veerapan berkata, sehingga bulan lepas, sebanyak 5,779 premis telah diperiksa dan daripada jumlah itu, 65 premis telah diperintahkan ditutup dan 728 notis dengan kompaun bernilai RM173,350 dikeluarkan.

Justeru, beliau berkata operasi seperti itu akan terus dijalankan dari masa ke semasa bagi memastikan standard kebersihan premis makanan sentiasa berada pada tahap memuaskan. – BERNAMA

Tags: premis makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Pokok Tumbang Berulang Di Sekitar Ibu Negara

Premis Makanan Kotor Diarah Tutup Serta-merta

25/05/2024
1

HULU SELANGOR: Sebuah premis makanan di Hulu Bernam, di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor, semalam....

Enam Premis Makanan Kotor Di Pasir Mas, Rantau Panjang Diarah Tutup

Enam Premis Makanan Kotor Di Pasir Mas, Rantau Panjang Diarah Tutup

15/06/2023
0

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan enam premis makan di Pasir Mas dan Rantau Panjang di sini, diarahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd