• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peluang Syarifuddin Julang Gelaran Wira KBS

oleh
15/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDAHULU keseluruhan, Md Syarifuddin Azman berpeluang untuk bergelar juara keseluruhan WIRA KBS seandainya muncul juara perlumbaan pusingan kesembilan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Jempol, Negeri Sembilan, Sabtu dan Ahad ini.

Pelumba Idemitsu Kozi YAM Honda Racing itu kini sedang mendahului kedudukan dengan 133 mata, terikat jumlah pungutan mata bersama Md Danial Syahmi namun memiliki kelebihan jumlah kemenangan berbanding pencabarnya itu.

Selepas lapan pusingan, Syarifuddin kini memiliki lima kemenangan berbanding Danial yang meraih dua kemenangan.

Namun, Danial terlepas aksi di Jempol minggu ini akibat kecederaan menyaksikan peluang lebih terbuka kepada Syarifuddin untuk meraih kemenangan keenam berturut-tutut pada musim ini.

Satu-satunya pelumba yang masih mampu memberikan cabaran ialah Md Alif Ashraf Tahiruddin yang kini berada di kedudukan ketiga dengan 112 mata seandainya pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha itu mampu menjuarai perlumbaan minggu ini.

“Di atas kertas, mungkin nampak ada kelebihan kepada saya namun situasi berbeza jika di litar. Banyak faktor lain perlu diambil kira terutama sewaktu perlumbaan,” jelas Syarifuddin.

Tambahnya, “Ketiadaan Danial juga bukannya alasan untuk saya mengambil mudah saingan minggu ini. Secara peribadi, saya turut bersimpati dengan kecederaan Danial. Persaingan diantara kami berdua cukup menarik dan sengit sepanjang musim ini. Saya doakan dia cepat pulih dan kembali ke litar semula.

“Namun, saya yakin rakan sepasukannya juga mampu memberikan saingan kepada saya, begitu juga dengan Alif yang sentiasa konsisten berada di kelompok depan pada musim ini.

“Apa yang penting, saya perlu cukup bersedia, begitu juga pasukan yang pastinya akan menyediakan jentera terbaik kepada saya. Berbanding memikirkan gelaran keseluruhan, saya lebih suka untuk fokus kepada perlumbaan sahaja.” – MYNEWSHUB.TV

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd