• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Baharu Bantu 140,000 Pelarian Rohingya

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah hospital baharu dengan 100 katil akan dibuka di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh untuk memudahkan 140,000 pelarian Rohingya dari kem Kutupalong.

Kemudahan perubatan yang beroperasi 24 jam itu dibina dan diuruskan oleh Médecins Sans Frontières (MSF) – Doctors without Borders – dengan sokongan sebuah pertubuhan kemanusiaan antarabangsa yang berpangkalan di Sharjah, Yayasan The Big Heart atau The Big Heart Foundation (TBHF), yang menyasarkan untuk merawat 7,200 pesakit dalam tahun pertama operasinya.

Menurut satu kenyataan, Sheikh Sultan Ahmed Al Qasimi, duta kemanusiaan yayasan itu dan pengerusi Sharjah Media Corporation (SMC) telah melancarkan hospital berkenaan baru-baru ini.

“Hospital itu mencerminkan hubungan kemanusiaan yang baik antara rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan masyarakat dunia,” katanya.

Projek hospital itu disokong dengan sumbangan dana sebanyak AED 3 juta dari SMC menerusi inisiatif kutipan derma awam bagi projek-projek penjagaan kesihatan. Ia turut menyumbangkan bantuan yang amat diperlukan bagi meringankan beban pelarian Rohingya, temasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak kecil. (AED 100 = RM114.10)

Hospital tersebut dibekalkan dengan peralatan unit rawatan rapi, wad pediatrik dan wad bersalin, selain peralatan untuk jabatan pesakit luar, termasuk khidmat sokongan untuk mangsa-mangsa penderaan seksual.

Hospital itu turut memiliki kemudahan sistem rawatan air untuk kegunaan penduduk sekitarnya yang dilengkapi sistem amaran berteknologi tinggi untuk mengesan penyakit berjangkit dan untuk bertindak menghadapi serta mengawal wabak penyakit.

Selepas lebih setahun krisis di Cox’s Bazar, jumlah pelarian Rohingya telah mencecah hampir sejuta orang. Kebanjiran pelarian dan kekurangan sumber-sumber di daerah Cox’s Bazar telah mewujudkan situasi kecemasan dari segi kemanusiaan, di luar kemampuan sistem dan masyarakat setempat untuk menanganinya, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Cox's Bazarhospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

Pegawai Perubatan Siswazah Hospital Bekerja 85 Jam Seminggu?

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan laporan mengenai pegawai perubatan siswazah bekerja sehingga 85 jam seminggu sebagai amat...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd