• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Tidak Mansuh Artikel 153

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan itu pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu.

Di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ia adalah berdasarkan konsep kuota untuk melindungi kepentingan orang Melayu serta pribumi Sabah dan Sarawak bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.

Waytha Moorthy berkata kerajaan akan mengadakan konsultasi berhubung ICERD bagi mendapatkan pandangan perundangan dari dalam dan luar negara, serta pendapat intelektual masyarakat.

Beliau berkata konsultasi itu yang akan diadakan pada suku pertama 2019 dilaksanakan kerana isu-isu berkaitan ICERD tidak mendapat penjelasan yang menyeluruh sehingga menimbulkan kebimbangan dan kerisauan rakyat.

“Proses konsultasi ini sesungguhnya menepati pandangan dan nasihat Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) apabila beliau pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa Malaysia baharu dengan teguh mendukung prinsip-prinsip yang diperkenalkan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dalam pembabitan antarabangsa kita,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

Dalam soalan asalnya, Azalina mahu kerajaan menyatakan perincian mengenai pengecualian yang akan diberikan kepada Malaysia sekiranya negara mengesahkan ICERD, serta indikator yang menentukan negara telah mencapai objektif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) ICERD.

Waytha Moorthy menambah langkah konsultasi perlu dilaksanakan bagi mendapatkan persetujuan tentang ICERD sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan muktamad meratifikasi konvensyen itu. – BERNAMA

Tags: Artikel 153ICERD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

16/12/2021
0

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd