• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Pertahanan Israel Letak Jawatan, Bantah Gencatan

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERUSALEM – Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman meletakkan jawatan dan menggesa pilihan raya diadakan segera selepas pertelagahan mengenai rundingan gencatan senjata Palestin dan Israel dilaksanakan.

Lieberman berkata, partinya juga akan keluar daripada komponen parti diterajui Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyebabkan parti pemerintah mempunyai hanya satu kerusi majoriti di Parlimen.

Pilihan raya sepatutnya diadakan pada November 2019, bagaimanapun peletakan jawatan Lieberman meningkatkan kemungkinan pilihan raya yang lebih awal.

“Apa yang berlaku semalam… satu kekalahan kepada keganasan,” kata Lieberman.

“Apa yang kita lakukan ini adalah membeli kedamaian sementara, dengan harga kemusnahan untuk jangka panjang.”

Tambah beliau: “Kita perlu adakan pilihan raya secepat mungkin.”

Netanyahu mempertahankan pelaksanaan gencatan senjata Selasa lalu bagi menghentikan tindakan keganasan terburuk antara Israel dan Palestin sejak tercetus Perang Gaza pada 2014.

Pegawai dari Parti Likud iaitu parti diterajui Netanyahu berkata, perdana menteri akan mengambil-alih tugas Lieberman untuk sementara waktu.

“Tidak perlu pilihan raya awal kerana keadaan keselamatan sangat sensitif pada masa ini,” katanya. – AFP

Tags: genjatan senjataletak jawatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

“Keputusan Ini Dibuat Setelah Pertimbangan Yang Panjang” – Nurul Izzah

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menegaskan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibuat...

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

Nurul Izzah Mohon Letak Jawatan Timbalan Presiden, MPP PKR Beri Cuti Sementara

06/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju memberi cuti sementara kepada Timbalan Presiden parti itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd