• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naza Quest Henti Edar Kenderaan Baharu Chevrolet

oleh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naza Quest Sdn Bhd akan menghentikan pengedaran kenderaan baharu Chevrolet sehingga pelantikan pengedar baharu Chevrolet di bawah perjanjian antara Naza Quest dan General Motors (GM).

Bagaimanapun, Naza Quest akan terus menyediakan waranti dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan sedia ada Chevrolet.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata syarikat mencapai keputusan itu yang terhasil daripada pelan rasionalisasi jenama di bawah strategi korporat menyeluruh untuk mewujudkan kemampanan dan keuntungan jangka panjang.

“Kami akan terus memberi tumpuan kepada jenama empat dan dua roda kami yang lain. Naza Group akan memaksimumkan barisan automotifnya yang lengkap dan menerokai peluang perniagaan lain untuk mengembangkan perkongsian pasarannya dalam industri automotif,” katanya dalam kenyataan bersama dengan GM di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Chevrolet akan menyambung semula jualan portfolio kenderaannya di Malaysia secepat mungkin dan ia akan menyegerakan perbincangan dengan rakan kongsi baharu yang berpotensi.

“Rakan kongsi pengedar induk yang baharu akan diumumkan dalam waktu terdekat,” katanya dan menambah, pemberhentian operasi perniagaan kereta baharu Chevrolet oleh Naza Quest akan berkuat kuasa esok. – BERNAMA

Tags: Naza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang Lebih RM1.2 Juta Dilucut Hak Kepada Kerajaan

23/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang lebih RM1.2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik tiga entiti termasuk Yayasan Rahah berhubung penyiasatan...

Naza Euro Motors Akan Melabur RM5 Juta Pada 2019

15/12/2018
0

PETALING JAYA – Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama kereta DS di Malaysia, bercadang melabur RM5 juta untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd