• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Reda Pemergian Zaibo – Isteri

oleh
14/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – “Kami sekeluarga reda dengan pemergian abang (Zaibo) setelah hampir enam bulan dia bertarung dengan penyakitnya,” kata Siti Hawa Sawal, 52, isteri kepada pelakon dan pelawak terkenal, Allahyarham Zaibo.

Siti Hawa berkata dia sekeluarga turut mengharapkan kenalan serta rakan artis yang mengenali Zaibo dapat mendoakan yang terbaik untuk suaminya itu, menghalalkan makan dan minum selain memaafkan setiap kesalahan atau gurauannya selama ini.

Menurut Siti Hawa, dalam masa yang sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberikan sokongan dan semangat kepada Zaibo sepanjang tempoh menghidap kanser beberapa bulan lalu.

“Abang sememangnya seorang yang kuat, semenjak dia disahkan menghisap kanser esofagus, dia ada menyatakan ingin kembali aktif dan rindu dengan rakan-rakan artisnya.

“Namun apakan daya… Allah lebih menyayanginya dan kami tahu apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya,” katanya ketika ditemui pemberita, di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, hari ini.

Siti Hawa berkata keadaan Allahyarham Zaibo mulai lemah kira-kira pukul 1 petang tadi dan ketika itu dia ingin bertemu dengan ‘hartanya’ iaitu anak-anak walaupun ianya anak tiri arwah, yang mana kemudiannya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.30 petang.

Dalam pada itu, salah seorang anaknya, Nur Azira Hamdan, 17, memberitahu Allahyarham Zaibo merupakan seorang yang periang dan menyayangi mereka sekeluarga.

“Pemergian ayah sememangnya akan kami rasai kerana hampir lapan tahun hidup bersama, dan dia menganggap kami semua ini seperti anak kandungnya.

“Kami mendoakan yang terbaik untuk ayah dan berharap ayah ditempatkan di tempat orang-orang yang baik,” katanya.

Sementara itu, pemergian Zaibo turut mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dikenali sebagai Skuad Muafakat 4All.

Pengasasnya, Wahyu Hidayat Jaapar, berkata selain sebagai peminat kepada pelawak berkenaan, pihaknya turut mengadakan lawatan sebagai salah satu aktiviti kebajikan.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, meninggal dunia akibat kanser esofagus.

Terkenal dalam lakonan sitkom Spanar Jaya selain membintangi filem, Anna And The King, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam Rengit, malam ini. – BERNAMA

Tags: zaibo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jenazah Zaibo Selamat Dikebumi

14/11/2018
0

BATU PAHAT - Jenazah pelakon dan pelawak Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan...

AL-FATIHAH: Zaibo Meninggal Dunia

14/11/2018
0

PETALING JAYA - Selepas enam bulan menyedari hidupnya menderita akibat kanser esofagos pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd