• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tataetika Laut China Selatan: China Nampak Komited

oleh
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – China nampak komited hendak memuktamadkan perundingan dengan negara-negara Asia Tenggara mengenai tataetika di Laut China Selatan dalam tempoh tiga tahun.

“Saya fikir semua orang hendakkan penyelesaian kepada masalah ini. Dan saya fikir China komited untuk menyelesaikan masalah ini (mewujudkan tataetika di) Laut China Selatan dalam tiga tahun,” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditanya sama ada beliau nampak ada halangan kepada perkara itu, beliau berkata: “Setakat ini, tiada.”

Dr Mahathir bercakap kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di sini.

Semalam, Perdana Menteri China Li Keqian dipetik sebagai berkata Beijing berharap perundingan dengan negara-negara Asia Tenggara mengenai tataetika di Laut China Selatan akan membuahkan hasil dalam tempoh tiga tahun.

China berharap dapat menyelesaikan perundingan mengenai tataetika di Laut China Selatan itu dalam tempoh tiga tahun, yang dengan termuktamadnya perundingan itu nanti akan memastikan keamanan yang berkekalan di rantau ini, agensi beria China, Xinhua, memetik Li sebagai berkata.

Usaha sama antara China dan ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara) telah membawa kestabilan di Laut China Selatan. Kedua-dua pihak patut merebut peluang untuk menggesa kemajuan yang ketara dalam perundingan mengenai tataetika di Laut China Selatan, Li berkata pada siri syarahan ‘The 44th Singapore Lecture’.

Dr Mahathir pernah berkata sebelum ini bahawa adalah lebih baik tiada mana-mana kapal perang ditempatkan di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Beliau berkata kehadiran kapal perang di perairan Malaysia adalah satu “keadaan yang tidak sihat.”

Dr Mahathir juga pernah dipetik sebagai berkata dalam satu laporan mengenai inisiatif “Belt and Road Initiative (BRI)” China: “Kami tiada masalah dengannya (BRI), kecuali sudah tentu kami tidak suka melihat terlalu banyak kapal perang di kawasan ini kerana (sebuah) kapal perang akan menyerang kapal perang yang lain.” – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd