• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Ditipu ‘Wang Jamin’ Kes Langgar Lari

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemandu lori kerugian RM2,000 selepas diarahkan membayar ‘wang jamin’ bagi siasatan kes langgar lari seorang remaja yang tidak wujud, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata mangsa yang berusia 31 tahun mendakwa wang itu dimasukkan ke dalam sebuah akaun yang diberikan oleh suspek yang menyamar sebagai Inspektor Khoo.

Katanya, mangsa menerima panggilan telefon kononnya daripada anggota polis dari cawangan trafik Johor Bharu, Johor bernama Koperal Ahmad Rusdi pada pukul 1.30 tengah hari semalam, semasa dia berada di Kuala Krau, Temerloh dekat sini.

“Mangsa diberitahu kereta miliknya terlbat dalam kemalangan di jalan Persiaran Simpang 4, Johor Jaya yang dinafikan mangsa, sebelum panggilan kononnya disambung ke balai polis Johor Jaya kepada seorang lagi suspek yang dikatakan Inspektor Ali.

“Inspektor Ali memberitahu kereta mangsa mempunyai 4 kilogram dadah selain siasatan mendapati mangsa terlibat kegiatan pengubahan wang haram, mangsa diarahkan pula bercakap dengan Inspektor Khoo, kononnya pegawai penyiasat, walaupun mangsa berkali-kali menafikannya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa ditakutkan pula dengan dakwaan terdapat simpanan sebanyak RM2.8 juta di akaun banknya dan diminta menjelaskan sebahagian daripada bayaran ‘wang jamin’ sebanyak RM5,000 sebagai proses siasatan.

Mangsa bagaimanapun baru membuat pindahan wang tunai RM2,000 apabila menyedari terdapat kemungkinan dia ditipu lalu terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera pada hari yang sama.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pada kes berasingan, Mohd Wazir berkata seorang lelaki kerugian RM3,500 dalam urusan jual beli kereta Perodua Viva menerusi laman sosial, apabila penjual kereta itu menyekat panggilannya.

“Mangsa mendakwa kereta itu dijual pada harga RM5,000 dan telah membuat lebih separuh bayaran, namun tidak mahu meneruskan pembelian itu selepas diminta untuk membuat bayaran penuh terlebih dahulu.

“Mangsa yang berusia 31 tahun itu mendakwa suspek juga enggan memulangkan wang miliknya sebelum bertindak menyekat semua panggilannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tipupemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd