• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Akan Bertemu Ketua IMF Di Singapura

oleh Ahmad Albab
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan sidang kemuncak berkaitan, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde pada Rabu.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kedua pada Rabu.

Dr Mahathir dan pemimpin ASEAN yang lain juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga; Sidang Kemuncak Asia Timur serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu dengan Australia, China, Jepun, Korea Selatan dan Rusia sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 yang diadakan di sini.

Enam belas pemimpin pakatan perdagangan negara-negara RCEP dijangka mengeluarkan kenyataan bersama mengenai rundingannya dan menyerahkan Laporan oleh Menteri-menteri RCEP kepara para pemimpin.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Ekonomi Eurasia dan ASEAN mengenai kerjasama ekonomi juga akan diadakan.

Dr Mahathir kemudian dijangka menghadiri majlis makan malam gala yang dihoskan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

Dr Mahathir diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ignatius Darell Leiking serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra dan MITI.

Tema bagi Sidang Kemuncak yang dipengerusikan oleh Singapura itu adalah ‘Daya Tahan dan Inovasi ASEAN’ (Resilient and Innovative ASEAN). Ia merangkumi visi ASEAN untuk bersatu di tengah-tengah meningkatnya ketidakpastian dalam landskap strategi global.

Sidang Kemuncak itu memberi para pemimpin berkenaan peluang untuk bertukar pandangan mengenai arah masa depan ASEAN dan kaedah hubungan luarnya selain membincangkan isu penting serantau dan antarabangsa.

Pemimpin ASEAN lain yang turut berada di republik ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak itu ialah Sultan Hasanal Bolkiah dari Brunei Darussalam, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Thongloun Sisoulith, Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.

Antara pemimpin rakan kongsi ASEAN yang penting yang berada di sini ialah Perdana Menteri Australia Scott Morrison; Perdana Menteri China Li Keqiang; Perdana Menteri India Narendra Modi; Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe; Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern; Presiden Rusia Vladimir Putin; Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Naib Presiden Amerika Syarikat Michael Pence.

Turut hadir ialah Pengerusi G7 yang juga Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau; Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Presiden Chile Sebastian Pinera serta Ketua IMF Christine Lagarde, sebagai tetamu. – BERNAMA

Tags: IMFTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd