• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan Modal Insan Penting Ke Arah IR 4.0 – Duta

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaburan dalam modal insan penting kepada negara dalam usaha mereka ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), menurut duta Taiwan.

Pengarah Bahagian Ekonomi, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia David Hsu berkata, seperti Taiwan, Malaysia juga perlu memberi tumpuan kepada memupuk dan melatih generasi muda untuk menerima IR 4.0.

“Kami tidak mempunyai tenaga buruh asing untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir. Oleh itu, kami perlu bergantung kepada rakyat kami sendiri. Itu sebabnya kami perlu mencuba yang terbaik untuk membangunkan tenaga kerja dalam semua sektor,” katanya pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) di sini hari ini.

Bercakap kepada Bernama selepas itu, beliau berkata Taiwan kini menumpukan kepada merangka dan menambah subjek teknologi di sekolah vokasional selain meningkatkan sumber di universiti.

“Selain itu, kami perlu menggalakkan syarikat serta perusahaan kecil dan sederhana menjalankan latihan sambil bekerja dengan kerajaan Taiwan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka.

“Kami menjadikan latihan sambil bekerja sebagai wajib dan mengenakan denda kepada mereka yang tidak melaksanakannya. Ini merupakan prinsip teras latihan di Taiwan,” katanya.

Hsu berkata IR 4.0 atau dinamakan Produktiviti 4.0 di Taiwan menggabungkan proses pertanian dan perniagaan.

“Kedua-duanya sama antara satu sama lain memandangkan matlamat akhir untuk menambah baik keseluruhan kapasiti ekonomi dan keupayaan supaya teknologi dan produk kami boleh bersaing di pasaran dunia,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu menyakinkan PKS mengenai keperluan untuk menukar mesin pembuatan mereka, memberi penerangan kepada mereka mengenai modal dan sumber, hubungan antarabangsa dan kaedah untuk memasarkan barangan mereka ke luar negara.

“Kami mengajar mereka cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memenuhi keperluan kerajaan,” katanya sambil menambah kerajaan Taiwan berusaha untuk menerapkan DNA ekonomi yang inovatif dalam corak pemikiran PKS.

Beliau berkata kerajaan Taiwan akan bekerjasama dengan Malaysia mengenai dasar IR 4.0, terutamanya tentang cara untuk mengintegrasikan rantaian bekalan dan mengoptimumkan proses pengeluaran. – BERNAMA

Tags: IR 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Landskap Pendidikan Tinggi Berhadapan Rempuhan Teknologi Dan IR 4.0

29/11/2021
0

TANJUNG MALIM: Landskap pendidikan tinggi dalam negara mengalami perubahan yang drastik susulan ‘rempuhan’ teknologi dan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd