• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Urus Pusat Judi Dalam Talian, 118 Ditahan

oleh
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan 117 warga China termasuk 20 wanita serta seorang lelaki tempatan yang dipercayai menguruskan kegiatan judi dalam talian di sebuah banglo mewah di Lorong Gurney, Off Jalan Tun Razak di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua suspek yang berusia 20 hingga 40 tahun terbabit diberkas dalam serbuan Op Dadu pada 3.50 petang Jumaat lepas.

Operasi dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, Unit Siasatan Jenayah Komputer (D10) Forensik Bukit Aman dan sepasukan polis daripada Balai Polis Jalan Tun Razak.

“Polis turut merampas antaranya dua set komputer, 118 laptop, 479 telefon bimbit, tiga modem Internet, 154 kad sim, wang tunai sebanyak RM31,300 dan mata wang China berjumlah 6,000 yuan,” katanya pada satu sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah mengiklankan pautan laman web yang menawarkan judi dalam talian kepada orang ramai di China menerusi aplikasi Wechat namun beroperasi di negara ini. — LAGI

“Pemain yang berminat seterusnya perlu membuat bayaran menggunakan kod bar ‘Wechat Pay’ dan Alipay.

“Mereka mampu memperoleh wang pertaruhan sehingga RM6 juta sebulan iaitu kira-kira RM500,000 sehari,” katanya.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati mereka menyewa banglo mewah yang dilengkapi 20 bilik tidur itu dengan kadar sewa RM30,000 sebulan untuk dijadikan pusat beroperasi sejak enam bulan lalu.

Katanya pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga China itu memasuki negara ini sebagai pelancong.

Beliau berkata sindiket itu berkemungkinan memilih negara ini sebagai pusat operasi kerana hukuman yang dikenakan tidak terlalu berat berbanding hukuman di China.

Menurutnya kesemua suspek direman empat hari sehingga hari ini dan polis akan memohon lanjutan perintah reman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan denda RM20,000 hingga RM200,000 serta boleh dipenjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.- BERNAMA

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

Video Kumpulan Lelaki Berjudi Tular, Jumlah Atas Meja Tak Beringat

22/12/2025
0

KOTA KINABALU: Satu rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki sedang mengira sejumlah besar wang tunai ketika dipercayai berjudi tular di media...

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd