• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Rungutan Pemilihan PKR Harus Disiasat

oleh
13/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua rungutan mengenai pemilihan PKR harus disiasat, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata banyak masalah yang dibangkitkan dan ia haruslah disiasat secara telus.

“Saya tengok media, dua-dua pihak buat tuduhan tentang peraturan dan salah guna tablet. Kita ada berpuluh-puluh (rungutan), jadi kalau tanya saya, semua aduan, kita siasat semualah. Kita sentiasa telus.

“Yang pentingnya proses itu kena jalan teruslah tak boleh tangguh lagi tapi saya tahulah kelemahan sistem itu dan memang diakui dari awal,” katanya pada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar turut menegaskan beliau telah membuat kenyataan berulang kali mengenai sistem pemilihan kali ini.

“Saya tidak pertikai Jawantankuasa Pemilihan Parti (JPP) cuma pergi sampai Hulu Rejang orang nak guna tablet, masalah besarlah. Memang banyak keresahan kerana dianggap tidak telus dan undi ragu pun banyak. Banyak masalah, saya akui.

“Bagaimanapun saya punya pendapat, kita kena ikut proses dan parti kena jalan. Yang menang dan yang kalah itu biasa dalam proses demokrasi. Yang tak puas hati, ada proses boleh dibangkitkan dan keseluruhan ratusan rugutan kita harus teliti.

Tambah Anwar, biar Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara berkenaan jika rungutan tersebut dibawa hingga ke pihak mereka.

“Biarkan mereka teruskan kerja mereka. Tapi parti tak boleh tangguh lagi. Ini perkara yang saya hendak tekankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd