• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran Khas RM500 Sebelum 25 Disember

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar sebelum 25 Dis ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

“Ini kali pertama kita bayar bonus pada tahun yang sama. Sebelum ini (bayaran khas) dibayar pada tahun berikutnya.

“Belanjawan 2018 memang tiada. Maka, kita akan mencari sumber.

“Kita berharap menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menambah sedikit (pendapatan) untuk menampung bonus pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Sebelum itu, Lim menghadiri Majlis Mesra Warga Kastam Bersama Menteri Kewangan bersempena Sambutan Deepavali 2018 di Kompleks Kementerian Kewangan.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 November lalu, Lim berkata kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.

Bayaran khas itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion.

Ditanya mengenai khabar angin rombakan kabinet, Lim berkata: “Saya tidak dengar langsung.”

Sebuah portal sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan kabinet bulan depan kerana tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Portal itu mendakwa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun antara yang bakal digugurkan. – BERNAMA

Tags: bayaran khas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Basuh Baju Tengah Malam Punca Cerai?

Next Post

Semua Rungutan Pemilihan PKR Harus Disiasat

Related Posts

No Content Available
Next Post

Semua Rungutan Pemilihan PKR Harus Disiasat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd