• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Makanan Cukup Sepanjang Musim Tengkujuh

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Kerajaan memberi jaminan bekalan makanan termasuk hasil pertanian adalah mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang musim tengkujuh, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata pihaknya sudah membuat persiapan sejak enam bulan lepas termasuk kemungkinan terpaksa mengimport jika keadaan memerlukan.

Beliau berkata perancangan awal dibuat adalah berdasarkan pengalaman lalu kementerian berdepan musim tengkujuh bagi menjamin bekalan makanan negara tidak terjejas dengan stok yang mencukupi.

“Kita telah unjurkan risiko ini akan berlaku dan jika terjadi, stok makanan negara yang ada adalah mencukupi untuk menampung keadaan semasa bencana.

“Jika ada pun kekurangan bekalan kemungkinan hanya melibatkan daging dan kita bersedia dengan pelan membawa masuk ternakan dari negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Bersama, Kongres Pertanian Antarabangsa (IAC) Ke-8 dan Simposium Antarabangsa Ke-6 Untuk Makanan dan Pertanian (ISFA) 2018 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata kementerian akan mempertingkatkan kawalan bagi memastikan varieti durian tempatan, khususnya biji benih tidak terlepas keluar ke negara lain dengan mudah.

“Agensi berkaitan di bawah kementerian perlu segera memperketatkan kuarantin agar keselamatan varieti raja buah terutamanya Musang King tidak mudah dibawa keluar dan ditanam dengan meluas di negara lain,” katanya mengulas dakwaan Musang King telah ditanam di Indonesia dengan biji benihnya dibawa dari Malaysia.

Katanya beliau difahamkan durian Musang King cuba ditanam di Thailand namun tanahnya dikatakan tidak sesuai. – BERNAMA

Tags: Salahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd