• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tekong, 7 Warga Myanmar Ditahan Di Jitra

oleh Cj Mnh
13/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan seorang tekong darat bersama enam warga Myanmar dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Darulaman Jaya, Bandar Darulaman di Jitra dekat Kubang Pasu semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata serbuan pada pukul 8.35 pagi itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) C Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Bukit Aman selepas menerima maklumat.

“Semasa serbuan, terdapat seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun bersama seorang wanita dan lima lelaki warga Myanmar berusia 18 hingga 40 tahun di dalam rumah itu. Lelaki tempatan berkenaan adalah tekong darat yang mengambil upah untuk menguruskan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini dengan harga RM100 setiap orang.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menyimpan enam PATI itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk dihantar ke tempat lain dan semakan juga mendapati rumah berkenaan disewa daripada seorang lelaki yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah kereta Perodua Myvi yang digunakan untuk membawa PATI itu.

Beliau berkata susulan penahanan suspek berkenaan, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki warga Myanmar di Jitra yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan berkenaan.

“Lelaki itu yang bertindak sebagai orang tengah dalam penyeludupan PATI itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kesemua ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 26A ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya. – BERNAMA

Tags: tekongwarga myanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Kes Resit Tempah Piza Hina Islam: 3 Warga Myanmar Antara 4 Ditahan

Kes Resit Tempah Piza Hina Islam: 3 Warga Myanmar Antara 4 Ditahan

23/05/2024
0

BAYAN LEPAS : Empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd