• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Cari Kaedah Juarai ICT – Gobind

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia perlu segera mencari kaedah untuk juarai bidang industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan jadi pemimpin dalam industri itu pada masa akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Katanya, 20 tahun dahulu Malaysia pernah menjadi antara negara yang terkehadapan dalam bidang itu apabila mewujudkan program Multimedia Super Corridor (MSC), namun kini dilihat sudah ketinggalan berbanding negara lain.

“Kita adalah satu negara yang menjuarai bidang ICT 20 tahun yang lepas di mana kita mewujudkan MSC…20 tahun dulu kita dilihat sebagai negara paling ke depan dalam perkara ini.

“Tapi sekarang kita kelihatan seolah-olah ke belakang, jadi kita perlu mencari bagaimana Malaysia boleh menjadi juara dalam bidang ini dan menjadi ‘leader’ dalam industri ini untuk masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Kepimpinan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) di sini hari ini.

Bagi mencapai objektif itu, pemain industri dan kerajaan perlu bekerjasama terutama dalam mewujudkan satu ekosistem yang kondusif untuk percambahan syarikat ‘start up’ baharu serta industri kecil dan sederhana dalam bidang ICT, katanya.

“Sebagai kerajaan, kita faham industri ini adalah cukup penting untuk masa hadapan dan kita bersedia memberi sokongan penuh, tapi titik permulaannya adalah program seperti ini di mana semua pemain industri boleh berbincang mengenai hala tuju industri ini dan kemudian berbincang dengan kerajaan dan kita boleh bersama-sama majukan industri ini,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Gobind Singh berkata, kerajaan akan mentadbir secara telus dan terbuka dan mesra perniagaan di samping mengekalkan sebuah ekonomi terbuka.

Pada masa yang sama, Gobind Singh berkata kerajaan akan berusaha bagi memastikan rakyat menikmati hak infrastruktur, pembangunan bakat dan peluang perniagaan untuk berjaya di dalam dan luar negara

“Kami mahu Malaysia menjadi tempat yang dapat menarik mereka yang berbakat terutama bakat teknologi tempatan. Kami mahu hab yang bersemangat sebagai permulaan dan sebagai tempat di mana syarikat teknologi tempatan dicemburui di rantau ini, kalaupun tidak di dunia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh DeoICT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

Gobind Cuba Salahkan Kerajaan Johor Isu Network School?

23/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See membidas Menteri Digital, Gobind Singh...

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

“Jangan Kita Lupa Skandal 1MDB” – Gobind

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Digital, Gobind Singh Deo mengingatkan rakyat Johor supaya tidak melupakan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd