• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Ziarah Keluarga Allahyarham Nik Aziz

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menziarahi keluarga Allahyarham bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka di Pulau Melaka di sini.

Beliau yang tiba di kediaman itu pada 3.10 petang, turut diiringi Yang Dipertua Pandu Puteri Perak Raja Puan Besar Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah.

Rosmah meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama isteri Allahyarham, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, 67.

Beliau turut berkongsi petua dengan Tuan Sabariah setelah melihat isteri Allahyarham itu tidak berapa sihat.

“Saya datang sebagai isteri dan juga muslimat, saya telah menasihatkan beliau supaya menjaga diri dan banyakkan berehat, kebetulan dia tidak ada suara.

“Saya turut berkongsi petua untuk mengembalikan suara iaitu merebus selama tiga hingga empat jam daun pudina dan minum supaya rasa sejuk dan kahak keluar, saya doakan Datin sentiasa sihat dan reda di atas pemergian suami,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada lebih 5,000 mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Tumpat.

Sumbangan berkenaan turut diagihkan kepada 15 mangsa banjir di Kampung Tanjong Kuala, Pengkalan Kubor.

Allahyarham Nik Abdul Aziz,84, yang juga Mursyidul Am PAS meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka itu menghidap kanser prostat. – BERNAMA

Tags: Rosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd