• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Lion Air: Indonesia Perketat Syarat Juruterbang

oleh Ahmad Albab
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Penyiasat Indonesia berkata semalam, lebih banyak latihan diperlukan untuk juruterbang pesawat jenis Boeing 737 MAX selepas mendapati, situasi dipercayai dihadapi kru penerbangan malang Lion Air JT610, tidak diperoleh dalam manual penerbangan.

Ulasan itu memberi gambaran lanjut bidang yang diteliti ketika penyiasat bersiap sedia mendedahkan laporan awal sama ada 28 atau 29 November ini, sebulan selepas pesawat Boeing 737 MAX milik Lion Air terhempas di Laut Jawa, mengorbankan kesemua 189 di dalamnya.

Sehingga kini, perhatian umum memusat masalah penyelenggaraan potensi termasuk kesilapan pengesan untuk ‘sudut serangan’, data penting diperlukan untuk membantu pesawat terbang pada sudut betul mengikut arus udara dan mengelak ia terhenti.

Kini fokus siasatan jelas dilanjutkan untuk menjelaskan prosedur diluluskan Amerika Syarikat (AS) bagi membantu juruterbang menghalang 737 MAX bereaksi terhadap kehilangan data dan kaedah untuk melatih mereka.

Ketua jawatankuasa keselamatan pengangkutan untuk penyiasat nahas Indonesia (KNKT), Soerjanto Tjahjono, berkata semalam, pengawal selia Indonesia akan mengetatkan syarat latihan susulan penemuan siasatan setakat ini.

“Kita tahu, disebabkan insiden berlaku, kita tahu kita memerlukan latihan tambahan,” katanya.

Ulasan itu memfokuskan perhatian terhadap kandungan manual pesawat dan kursus penukaran membolehkan juruterbang generasi pesawat Boeing sebelumnya, 737NG untuk menaik tarafnya kepada MAX.

Soerjanto berkata, manual itu tidak meliputi bagaimana menguruskan situasi seperti yang berlaku pada nahas.

Pihak berkuasa Lion Air berkata, mereka mengikuti rejim latihan diluluskan kedua-dua pengawal selia AS dan Eropah. – Reuters/BH ONLINE

Tags: JuruterbangLion Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah

Juruterbang Batik Air Tertidur Di Tengah Penerbangan

09/03/2024
0

SEORANG juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd