• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Bangkitkan Perkara ‘Kontroversi’ Di Singapura

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Perjanjian air 1962 adalah satu daripada perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan sejawatan beliau dari Singapura, Lee Hsien Loong, hari ini.

“Kami membangkitkan beberapa isu sebelum ini yang dianggap sebagai kontroversi,” kata Dr Mahathir kepada wartawan di luar majlis minum petang bersama diaspora Malaysia di sini.

“Saya berpendapat saya perlu menyatakan pendirian kita tentang perkara itu. Saya rasa dari setiap segi, beliau (Lee) agak mudah berurusan. Beliau mendengar pandangan saya dan saya rasa beliau lebih bersikap terbuka untuk membincangkan perkara ini berbanding sebelum ini… sebelum ini, mereka hanya menolak semua usaha untuk mengadakan perbincangan semula,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada Singapura bersetuju untuk menyemak semula harga semasa, Dr Mahathir berkata: “Mereka tidak menyatakan bahawa mereka bersetuju, tetapi sekurang-kurangnya mereka kelihatan bersedia untuk menyatakan pandangan mereka dan bagi kami untuk menyatakan pandangan kami.”

Mengenai langkah berikutnya, perdana menteri menegaskan beberapa pegawai akan bertemu dan berbincang.

Isu berkaitan perjanjian itu muncul kembali pada pertengahan tahun ini apabila Dr Mahathir mengkritik harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai “tidak masuk akal” dan berkata beliau bercadang untuk merundingkan semula terma perjanjian itu.

Perjanjian air itu, yang berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.

Singapura membayar 3.0 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah, dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Johor sementara itu memperoleh bekalan harian air terawat sehingga 2.0 peratus atau 5.0 mgd air yang dibekalkan kepada republik ini.

Menurut perdana menteri, satu lagi isu yang dibincangkan adalah tentang ‘Central Provident Fund’, bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut.

Isu CPF itu dipercayai berkaitan kesukaran dihadapi ramai rakyat Malaysia yang telah meninggalkan republik berkenaan selama lebih satu dekad tetapi tidak dapat mengeluarkan wang simpanan mereka.

Kepada soalan sama ada beliau mengetengahkan cadangan berkaitan jambatan ketiga, Dr Mahathir menjawab: “Tidak.”

Dr Mahathir berada di negara pulau ini untuk melakukan lawatan rasmi dua hari, dan beliau akan menyertai sembilan lagi ketua kerajaan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-33.

Lawatan beliau ke republik ini adalah atas undangan Perdana Menteri Lee, di mana kedua-dua pemimpin buat kali pertama mengadakan mesyuarat dua hala yang diadakan di Istana hari ini.

Ia sebahagian daripada lawatan pengenalan peringkat tertinggi oleh Dr Mahathir ke negara anggota ASEAN selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd