• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurusan Masjid Jangan Kedekut Berbelanja

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pihak pengurusan masjid di seluruh negeri dinasihatkan supaya tidak kedekut membelanjakan wang sumbangan orang ramai jika dapat menampung keperluan mewujudkan persekitaran yang selesa buat para jemaah dan menjaga imej institusi itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ridzuan Hashim berkata, mereka tidak perlu menunggu peruntukan disalurkan dalam menyemarakkan gerak kerja pengimarahan.

“Secara umumnya kita tidak nafikan, mungkin keadaan itu ada berlaku jadi kita sentiasa ingatkan kepada jawatankuasa masjid supaya memanfaatkan sumbangan orang ramai sebaiknya.

“Tujuan orang ramai beri duit adalah untuk aktiviti dan sewajarnya digunakan bagi tujuan tersebut. Jangan sesekali merasa bangga dengan jumlah terkumpul sedangkan ia tidak diguna sebagaimana dikehendaki oleh penyumbang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menutup Program Perjumpaan Bersama Imam, Bilal dan Jawatankuasa Masjid serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah ini dan Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Azhar Jusoh; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS), Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd. Soud Said.

Majlis perjumpaan yang julung kali diadakan membabitkan kira-kira 2,000 ahli daripada kedua-dua organisasi akar umbi itu bertujuan memperkukuhkan peranan satu sama lain sekali gus menghapuskan jurang perbezaan yang boleh meretakkan hubungan di antara mereka.

Menurut Ridzuan, pendekatan sedemikian akan diteruskan termasuk turut merancang untuk mewujudkan pertemuan berskala kecil di peringkat Parlimen selepas ini.

Dalam pada itu, Azhar berkata, isu-isu sosial seperti maksiat misalnya bukan hanya perlu ditangani pihak jabatan agama, sebaliknya menjadi tanggungjawab seluruh anggota masyarakat untuk bersama-sama menyalurkan maklumat.

“Peranan semua pihak ini dapat membantu JHEAT dalam merangka satu pelan tindakan yang lebih baik supaya apa jua aktiviti akan dapat kita manfaatkan ke arah kesejahteraan rakyat Terengganu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: kedekutpengurusan masjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Niaga Tak Tara Mana, Cerita Macam Rugi RM10 Juta”

04/02/2018
0

TUGAS sebagai seorang penjaja bukan hanya sekadar menjual, tetapi mereka juga perlu bersikap profesional dan bertolak ansur ketika menjalankan perniagaan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd