• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GTR AirAsia Perkenalkan Pusat Kawalan Digital Yang Pertama Di Malaysia

oleh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat perkhidmatan pengendalian darat AirAsia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) telah melancarkan pusat kawalan digital Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang pertama, seumpamanya di Malaysia.

Pusat kawalan digital sepenuhnya itu akan membolehkan GTR untuk menjejaki pengendalian pesawat dengan memproses maklumat digital masa nyata mengenai kemasukan penumpang, penyelarasan bagasi dan aktiviti tanjakan melalui satu panel kawalan digital, dengan sasaran kendalian bagi setiap pesawat selama 25 minit sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata dengan mendigitalkan operasi, proses kemasukan pintu akan dilaksanakan melalui telefon pintar oleh kakitangan perkhidmatan pelanggan dan pada masa yang sama, mengawasi proses tersebut dengan masa nyata yang cekap dan tepat.

Telefon pintar yang sama juga akan digunakan pada karusel bagasi untuk penyelarasan beg, manakala sistem muatan tanjakan ‘e-readback’ akan menyediakan maklumat kargo dan bagasi yang lebih tersusun bagi sesuatu penerbangan.

“Ini akan meningkatkan tahap keselamatan dengan jaminan ketepatan 100 peratus mengenai bacaan beban serta imbangan pesawat untuk tujuan perancangan penerbangan serta menghapuskan arahan muatan berasaskan kertas yang sukar dibaca pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca buruk,” katanya pada majlis pelancaran pusat kawalan itu oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif GTR Kevin Chin, yang menyampaikan taklimat operasi kepada Loke, berkata syarikat telah memperuntukkan sejumlah RM35 juta untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan, merangkumi aspek kesejahteraan pelanggan, kargo, dan operasi tanjakan.

“‘Pusat kawalan ini merupakan sebahagian daripada pelaburan untuk menaik taraf operasi perkhidmatan darat kami,” katanya.

GTR telah ditubuhkan pada 2017 sebagai sebuah usaha sama antara AirAsia Bhd dan S.A.T.S Ltd dari Singapura bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan pengendalian darat.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran, Loke memberitahu inovasi yang dibuat GTR akan menyumbang kepada aliran kerja yang berkesan yang seterusnya memanfaatkan penumpang dengan menyediakan satu pengalaman perjalanan yang lancar.

“Saya sentiasa menekankan keperluan bagi memperbaiki lagi kecekapan operasi dan tahap perkhidmatan lapangan terbang,” katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd