• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Pasukan Terbaik Pada Piala Dunia Mampu Dicapai – Roelant

oleh
12/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad hoki lelaki negara melaungkan keyakinan mampu menamatkan saingan dalam kelompok 10 terbaik pada Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India dari 28 Nov hingga 12 Dis depan.

Ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans berkata barisan skuad kebangsaan yang mantap mempunyai beberapa pemain kreatif dan berbakat bagi mencapai matlamat tersebut.

Bagaimanapun, tumpuan pertama pengendali kelahiran Belanda itu adalah meraih sekurang-kurangnya satu kemenangan dalam aksi peringkat kumpulan bagi menempah tempat di pusingan kalah mati dalam penampilan kelapan Malaysia pada Piala Dunia.

“Kemenangan itu bukannya sesuatu yang mudah apabila skuad Malaysian Tigers diundi dalam Kumpulan D yang dianggap ‘kumpulan maut’, terdiri daripada juara empat kali Pakistan, juara tiga kali Belanda dan juara dua kali Jerman.

“Kedudukan 10 terbaik mampu dicapai, tetapi ia juga sukar kerana kita perlu menewaskan beberapa pasukan hebat dunia. Jika kita mengalahkan satu pasukan dan mara ke pusingan kedua, kemungkinan besar kita akan berdepan Belgium, juga merupakan pasukan yang mantap.

“Namun, segalanya boleh berlaku di pusingan kalah mati, seperti dilakukan Malaysia apabila menewaskan India dalam penentuan pukulan penalti pada (separuh akhir) Sukan Asia 2018.

“Prestasi kita semakin meningkat ke tahap tertinggi, permainan kita lebih kemas dan saya cukup tahu apabila menentang pasukan-pasukan Eropah,” katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional di sini hari ini.

Bekas jurulatih India dan Pakistan itu, yang pernah mengecap gelaran Piala Dunia ketika membimbing pasukan wanita Belanda pada 1990 dan skuad lelaki Belanda pada 1998, mengakui barisan pemain Malaysia perlu tahu apabila berdepan pasukan lawan bagi mengelak dibolosi pada minit-minit akhir permainan, seperti terjadi sebelum ini, termasuk ketika Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Pasukan negara yang berada di ranking ke-12 dunia, akan memulakan kempen menentang pasukan di tempat keempat dunia, Belanda pada 1 Dis, diikuti berdepan Pakistan (ke-13 dunia) 5 Dis dan melengkapkan aksi peringkat kumpulan bertemu Jerman (keenam dunia) pada 9 Dis.

Mengikut format baharu kejohanan, juara setiap empat kumpulan akan mara ke suku akhir, manakala pasukan di tempat kedua dan ketiga perlu beraksi dalam pusingan kalah mati bagi menempah slot ke peringkat lapan pasukan terbaik.

Sementara itu, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal berkata sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia 2018, tiga perlawanan ujian diatur berdepan pasukan di kedudukan kesembilan dunia, New Zealand pada 16, 20 dan 22 Nov di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

”Siri perlawanan ujian menentang skuad ‘The Black Sticks’ adalah penting agar pemain negara berada pada tahap terbaik menjelang Piala Dunia. Mereka akan membuat persiapan di sini, jadi kita mengatur perlawanan ujian ini kepada mereka. KHM berharap skuad negara akan menampilkan aksi terbaik bagi meraih keputusan positif pada Piala Dunia.

“Pencapaian yang baik pada Piala Dunia adalah penting bagi penampilan kita pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana berdasarkan ranking akan menentukan lawan kita kelak,” katanya.

Pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Dunia adalah menduduki tempat keempat apabila Malaysia menganjurkan edisi 1975, sementara dalam edisi lepas pada 2014, pasukan kebangsaan menamatkan saingan di kedudukan keenam dan tercorot dalam Kumpulan A, selepas tewas kesemua lima perlawanan. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd