• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Otai Rock May, XPDC Kongsi Pentas

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Otai rock legenda tanah air, XPDC dan May bakal berkongsi pentas dalam Konsert Metal Return 1.0 Live yang akan diadakan di Stadium Perak, Ipoh pada 15 Disember ini.

Agak lama tidak muncul menghiburkan peminat di kampung halaman sendiri, Mus selaku vokalis kumpulan May berharap peminat di negeri kelahirannya akan turun padang menyaksikan persembahan mereka.

“Dah lama juga kami tidak beraksi di negeri sendiri. Bila dipelawa untuk membuat persembahan di tempat kelahiran, saya dan ahli May yang lain tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

“Sudah pasti May akan menggunakan peluang ini untuk memberikan persembahan terbaik yang bakal memukau peminat kami,” katanya.

Sementara itu, XPDC yang baharu sahaja tampil dengan album berjudul Doa (Dakwah Only Allah) bakal menceriakan peminat dengan seleksi lagu-lagu popular termasuklah karya terbaharu.

“Kita saling berkongsi. Apa yang kami tahu, kami kongsikan dengan peminat. Kami bercerita benda yang baik dan orang akan dengar benda yang baik.

“Sama ada orang terima atau tidak, itu kerja Tuhan. Kami sudah puas hati dapat menyampaikan apa yang baik.

“Usia kami pun dah meningkat, takkan masih nak menyanyikan lagu cinta. Peminat yang mengikuti perkembangan XPDC pun dah seusia kami. Saya yakin mereka juga dapat menerima lagu-lagu berunsur ketuhanan,” ujar gitaris XPDC, Izo.

Kumpulan May dianggotai oleh Mus selaku vokalis, Abu (gitar), Yuss (bes) dan Man (dram). Manakala, ahli kumpulan XPDC pula ialah Ali (vokalis), Izo (gitaris), Eddie (bes), Lola (dram) dan Arif (gitar).

Tiket untuk menonton konsert anjuran Ladyboss Studio itu sudah boleh dibeli dan dijual pada harga RM60 hingga RM150 dengan menghubungi 019-2407994 (Mentari Merah). – UTUSAN ONLINE

Tags: Kumpulan MAYXPDC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usia Dah Meningkat, Takkan Nyanyi Lagu Cinta – XPDC

10/11/2018
0

VOKALIS kumpulan XPDC, Ali berkata kini sudah tiba masanya mereka menyampaikan lagu dalam bentuk dakwah untuk peminat. Menurut Ali atau...

May Tak Sabar Balik Ipoh, Bawa XPDC Gegar Stadium

09/11/2018
0

KUMPULAN rock terkenal, May dan XPDC bakal beradu suara dalam Konsert Metal Return 1.0 live yang bakal berlangsung di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd