• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Digesa Iktiraf PEYATIM Sebagai Badan Pemantau Rumah Anak-Anak Yatim

oleh Cj Mnh
12/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) menggesa kerajaan supaya mengiktiraf pertubuhan itu sebagai badan pemantau untuk mengawal selia penubuhan rumah anak yatim Islam di seluruh negara bagi mengelak berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa.

Timbalan Presiden Peyatim Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung perkara itu pada tahun 2014, namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

“Memorandum tersebut dibuat bertujuan untuk mengelakkan pengusaha-pengusaha rumah kebajikan terutamanya rumah anak yatim daripada menyalah guna kuasa serta membanteras penyelewengan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan akhbar Sinar Harian hari ini berhubung isu penderaan penghuni rumah anak yatim di Temerloh, Pahang.

Sabtu lalu, seorang penghuni di sebuah rumah kebajikan dan anak yatim milik persendirian di Temerloh, Pahang mendakwa dicabul dan didera kakitangan pusat itu.

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu mendakwa dipanggil seorang kakitangan lelaki ke biliknya pada 2 petang Sabtu lalu, dan dibaringkan sebelum diraba di bahagian dada serta alat sulit.

Mohd Yussof berkata buat masa ini tiada peruntukan undang-undang khusus yang digubal di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk mengawal selia penubuhan, pengurusan dan pentadbiran sesebuah rumah anak yatim itu.

“Tidak hairanlah rumah-rumah anak yatim tumbuh bagai cendawan di merata tempat kerana budaya ‘cari makan’ sesetengah pihak tersebut menjadikan mereka bebas membina rumah anak yatim dan mencari anak-anak yatim untuk mendiami rumah tersebut tanpa seliaan pihak tertentu.

“Lebih menyedihkan apabila ada pengusaha rumah anak yatim ini mengerah kudrat anak-anak yatim untuk meminta derma daripada orang ramai demi kepentingan sendiri. Tambah parah, sekarang ini negara dikejutkan dengan berita penderaan seksual anak yatim yang dilakukan oleh pengusaha rumah kebajikan yang sepatutnya menjadi pelindung,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu menetapkan piawaian kepada semua rumah anak yatim untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim keseluruhannya bagi mengelakkan ketirisan dan penyelewengan berlaku.

“Antara piawaian tersebut termasuklah pusat kebajikan hendaklah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk membolehkan mereka beroperasi tanpa kekangan. Bagi sebuah persatuan pula hendaklah menyatakan rekod dan penyata kewangan, menyediakan premis yang lengkap, selamat dan selesa, mampu memberi bimbingan dan kaunseling serta mampu menyediakan pengajian Islam dan akademik,” katanya. – BERNAMA

Tags: anak-anak yatimPEYATIM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd