• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Mandikan Mangsa Pada Hari Kejadian – Polis

oleh
12/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata suspek bagi kes bayi perempuan berusia 11 bulan yang maut akibat didera secara seksual mendedahkan telah memandikan mangsa pada pagi hari kejadian.

Katanya pendedahan berkenaan dibuat suspek yang juga suami kepada pengasuh bayi itu kepada pihak polis hari ini.

“Sebelum ini, suspek tidak mengaku dia uruskan bayi ini, namun perkembangan hari ini dia mula dedahkan telah mandikan dan salin pakaian bayi tersebut … setakat itu sahaja, suspek tidak nyatakan dia telah buat perkara tidak elok kepada mangsa,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

​​​​​​​Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dari semua sudut termasuk memanggil anggota keluarga mangsa dan majikan suspek berkenaan untuk membantu siasatan.

“Beberapa individu lagi akan turut dipanggil dan kita juga akan menyiasat sama ada suspek yang positif Methaphetamine mempunyai masalah mental atau tidak.

“Tempoh reman pengasuh bayi yang berakhir hari ini dan reman suspek berakhir esok akan disambung selain kes akan ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berbanding sebelum ini yang disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2002,” katanya.​​​​​​​​​​​​​​

Bernama sebelum ini melaporkan, bayi perempuan berkenaan meninggal dunia pada kira-kira 10.30 pagi Jumaat, selepas dua hari dilaporkan kritikal di Hospital Serdang dekat sini.

Hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala’, dengan tempurung kepala bayi pecah.​​​​​​​

Pemeriksaan ke atas mangsa juga mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara mangsa dan dubur mangsa juga mengalami koyakan.- BERNAMA

Tags: dera kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Dua Kanak-kanak

Polis Tahan Pengasuh Disyaki Dera Dua Kanak-kanak

08/04/2023
0

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita yang disyaki mendera dua kanak-kanak asuhannya berusia tujuh dan empat tahun di kediamannya di...

Pengasuh Taska Didakwa Dera Kanak-Kanak

21/06/2021
0

SEPANG - Seorang pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd