• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin & Anggota PKR Diminta Hormati Kebebasan Media & Wartawan

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Para pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinasihati supaya menghormati kebebasan wartawan dan media.

Ketua Bahagian KeADILan Betong Vernon Kedit berkata, paling tidak para wartawan hendaklah dilayan dengan hormat dan sopan.

Vernon mengulas kejadian yang berlaku pada pemilihan parti PKR di Hotel Paramount, Sibu semalam, di mana seorang wartawan DayakDaily, Nancy Nais, mendakwa dikasari anggota “pengawas” pemilihan di pusat pemilihan itu ketika beliau sedang mengambil gambar dan video.

Nancy mendakwa seorang lelaki berbaju merah dan memakai tag bertulis “pengawas” tiba-tiga mencekak lengan kanannya dan menolaknya keluar dari bilik itu ke arah lif hotel.

Nancy bekata beliau telah membuat satu laporan polis semalam di pusat sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di sini.

“Bagi pihak parti, saya memohon maaf kepada Nancy Nais terhadap kejadian yang menimpa beliau dan saya ingin memberitahu beliau bahawa parti tidak merestui perbuatan seumpama itu,” kata Vernon kepada pemberita.

Beliau berkata individu terlibat juga perlu memohon maaf kepada Nancy dan mengeluarkan kenyataan mengenai kenapa dia bertindak sedemikian.

“Sudah tentu ia satu perbuatan salah dan tidak sepatutnya dilakukan,” katanya dan menggesa rakan-rakan dalam PKR supaya menghormati kebebasan akhbar dan media dan melayan pihak media secara hormat.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam jawapan menerusi aplikasi WhatsApp semalam menasihati Nancy supaya membuat laporan polis berhubung kejadian itu, sambil menambah PKR tidak melindungi perbuatan seumpama itu. – BERNAMA

Tags: Pemimpin PKRwartawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd