• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dahului Rafizi Dengan Majoriti 2,136 Undi Di Sarawak

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu selepas menang di 23 daripada 28 cabang di Sarawak yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini.

Keputusan pemilihan di satu cabang iaitu Julau bagaimanapun digantung disebabkan kemungkinan berlakunya serangan siber dan sistem pemilihan yang diceroboh.

Mohamed Azmin yang juga penyandang kerusi Timbalan Presiden menang di Cabang Batang Lupar, Bandar Kuching, Lanang, Batang Sadong, Saratok, Lawas, Baram, Kanowit, Kota Samarahan, Bintulu, Selangau, Mukah, Mas Gading, Hulu Rajang, Lubok Antu, Betong, Stampin, Sri Aman, Puncak Borneo, Sarikei, Petra Jaya, Santubong dan Sibu.

Rafizi Ramli hanya menang di Serian, Sibuti, Miri, Limbang dan Kapit.

Ketua Koordinator Pemilihan PKR Sarawak, Desmond Kho berkata Mohamed Azmin menang dengan majoriti 2,136 undi.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperolehi 4,020 undi manakala Rafizi mendapat 1,884 undi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Azmin AliPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

Dakwaan Pemilihan Semula PKR Palsu – Zaliha

09/09/2022
0

PETALING JAYA : Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustapa menafikan dakwaan bahawa pemilihan di lebih 50 cabang...

Rafizi Peroleh Undi Tertinggi Di Melaka

29/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memperoleh undi tertinggi di Melaka bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd