• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Minta MASWings Kaji Semula Keputusan Henti Penerbangan

oleh Cj Mnh
11/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Sabah meminta MASWings mengkaji semula keputusan menghentikan penerbangan di negeri ini berkuat kuasa 1 Jan 2019.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu merupakan satu perkara perlu dilihat secara serius disebabkan pengangkutan udara penting kepada sektor pelancongan di negeri ini.

“Saya minta perkara ini dikaji semula disebabkan sektor pelancongan cukup penting kepada negeri ini.

“Pelancong datang ke beberapa tempat menarik di negeri ini seperti di Semporna dan Lembah Danum di Lahad Datu, akan ambil masa kalau menggunakan pengangkutan darat,” katanya ketika ditemui pemberita Majlis Amanat Bersama Warga Pendidik Semporna di sini, malam tadi.

Beliau diminta mengulas keputusan MASWings itu yang dibuat pada tahun lepas untuk menghentikan laluan Kota Kinabalu-Tawau dan Kota Kinabalu-Sandakan.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri sentiasa mencari pendekatan terbaik meningkatkan sistem penerbangan di negeri ini termasuk mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan AirAsia.

Katanya Sabah mempunyai sektor pelancongan yang cukup baik berbanding negeri lain dan ia banyak bergantung kepada sistem penerbangan.

Katanya tidak mungkin pelancong akan boleh sampai ke Pulau Sipadan di sini kalau tiada penerbangan dari Beijing, China ke Kota Kinabalu.

“Kami tak mahu pelancong berada di udara agak lama atau berada di lapangan terbang sehingga sejam hingga dua jam.

“Mereka datang bukan mahu melihat lapangan terbang atau kapal terbang tetapi ingin melihat keindahan tempat dan merasai bagaimana kekayaan sumber alam seperti makanan laut yang cukup murah, keindahan flora dan fauna dan keunikan masyarakat yang ada di negeri ini,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri menitikberatkan perkara yang berkaitan sistem penerbangan dan perkara yang menjejaskannya perlu diatasi kerana ia merupakan satu pengangkutan utama kepada negeri ini.

Mohd Shafie berkata sektor pelancongan merupakan tunjang ketiga utama kepada hasil negeri ini selepas minyak dan pertanian.

Menurutnya sistem penerbangan ini merupakan satu perkara harus dilihat secara serius oleh pihak kerajaan pusat agar sistem pengangkutan ini bukan hanya efisien tetapi juga mudah diakses oleh semua masyarakat khususnya pelancong yang datang dari luar negara. –BERNAMA

Tags: kaji semulaMASwings
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

Ahli Parlimen, ADUN PKR Gesa KPM Kaji Semula Penganjuran Program Solidariti Palestin

28/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR hari ini menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengkaji semula...

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

Kaji Semula Tuduhan Terhadap Najib – Ahmad Zahid

28/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Jabatan Peguam Negara mengkaji semula semua pertuduhan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd