TAHNIAH kami ucapkan kepada anggota Kumpulan Sleeq, Alyph yang kini sah bergelar suami kepada Azzah Fariha, jam 11.30 pagi semalam hanya dengan sekali lafaz sahaja.
Memetik Media Hiburan, majlis tersebut diadakan di Flower Dome, Gardens by the Bay, Singapura.
Untuk makluman, seorang lagi anggota Sleeq, Syarif juga bakal menamatkan zaman bujangnya pada November depan.
Apapun, jom layan beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Alyph dan Azzah.
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC





