• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelan Baharu Pembangunan Pendidikan Tinggi Diumumkan Akhir Mac

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, dijangka diumumkan menjelang akhir Mac, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata pelan pembangunan itu bertujuan untuk mentransformasi dan meningkatkan standard pendidikan tinggi di negara ini dan melahirkan Bakat Terpelajar Dipacu Nilai yang seimbang dan holistik serta mempunyai minda keusahawanan dan jati diri nasional.

Idris berkata pelan itu juga bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan mempunyai minda keusahawanan.

“Bila saya sebut holistik, kita mahu pelajar yang boleh berkomunikasi dengan baik, berkemahiran dan pandai dalam teknologi.

“Dengan minda keusahawanan bermakna para pelajar akan menjadi lebih kreatif, inovatif dan tahu membuat keputusan manakala keseimbangan bermaksud untuk memastikan keseimbangan antara akademik dan akhlak,” katanya semasa berucap pada pelancaran program Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), ‘TNB Better Brighter Internship’ dan Makmal Grid Pintar di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPendidikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd