• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Menyamar Pegawai SPRM Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
10/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesaikan kes melibatkan seorang individu bergelar ‘Datuk Seri’.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan mengeluarkan perintah reman terhadap keempat-empat lelaki yang berusia antara 33 dan 49 tahun itu bermula hari ini sehingga 15 Nov.

Sebelum itu, keempat-empat lelaki yang memakai baju lokap SPRM dan bergari tiba di perkarangan Mahkamah Putrajaya pada 9.10 pagi.

Semalam, SPRM menahan tiga individu di sebuah kelab golf terkemuka di Sungai Buloh, Selangor pada pukul 3 petang manakala seorang lagi ditahan rumahnya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada pukul 8.15 malam.

Menurut sumber, keempat-empat lelaki berkenaan bersubahat untuk meminta wang suapan sebanyak RM2 juta daripada seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ yang dipercayai mempunyai kes membabitkan SPRM.

Susulan penahanan itu, SPRM merampas tujuh telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan daripada keempat-empat suspek berkenaan serta wang tunai berjumlah RM48,350 daripada seorang suspek.

Kes yang disiasat bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 ini terbongkar selepas mangsa membuat laporan di SPRM. – BERNAMA

Tags: Diremanmenyamar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd