• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Pertahan Proses Ukur Tanah Adat, Elak Telagah

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sarawak hari ini mempertahankan proses ukur Tanah Adat Hak Bumiputera (NCR) sebagai bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah geran tanah dalam kalangan masyarakat tetapi juga mengelakkan pertelagahan pada masa depan.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif berkata sehubungan itu, proses tersebut harus diteruskan kerana isu pemilikan tanah turut melibatkan generasi akan datang.

Bercakap pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini, Len berkata pada 2010 kerajaan persekutuan pada masa itu memperuntukkan kira-kira RM200 juta bagi kerja mengukur tanah NCR yang menelan belanja sekitar RM20 juta setahun.

“Setakat ini katanya kami telah gunakan lebih RM160 juta dan sebahagian kerja ukur tanah masih berjalan,” katanya menambah kerajaan negeri kesal dengan tindakan kerajaan persekutuan yang tidak memberi peruntukan untuk tujuan tersebut dalam belanjawan yang dibentangkan awal bulan ini.

Beliau juga mendakwa RM4.5 bilion yang diperuntukkan kepada Sarawak dalam belanjawan itu mungkin peruntukan untuk Lebuhraya Pan Borneo.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Baru Bian menjelaskan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan tidak menyediakan peruntukan khusus untuk perkara berkaitan tanah memandangkan tanah berada bawah bidang kuasa kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: geran tanahtanah adat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa KM Campur Tangan Isu Tanah Melayu, Jatti Meirek

02/11/2018
0

MIRI - PAS Sarawak meminta Ketua Menteri Sarawak supaya segera menyelesaikan isu pemilikan tanah kepunyaan orang Melayu dan komuniti Jatti...

Definasi Semula Pengertian Tanah Adat Orang Asli

16/08/2018
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang dalam proses mewartakan tanah adat Orang Asli di seluruh negara bagi menjamin hak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd